Rempah Gulai Nasi Dagang Asli Terengganu
Masalah yang dihadapi oleh pengemar Nasi Dagang Terengganu adalah untuk mendapatkan rempah untuk membuat gulai Nasi Dagang tersebut apabila berada di luar Terengganu. Ini adalah kerana sukar untuk mendapatkan rempah asli Nasi Dagang Terengganu terutamanya di Lembah Klang.
Konsert tiga dekad Search
Ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru, Johor, kumpulan yang dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar irama) dan Yazit (dram) masih mampu mengekalkan momentumnya sebagai sebuah kumpulan rock legenda yang sudah bertapak dalam industri seni selama 30 tahun.
Tuah remaja AS tipu hamil
Berasal dari Washington, Rodriguez mendedahkan mengenai penipuannya pada sesi perhimpunan sekolah, April lalu semasa dia berusia 17 tahun.
Menurut Rodriguez, dia bertindak demikian untuk melihat reaksi masyarakat berhubung kehamilan dalam kalangan remaja.
Kereta termurah mahal di Bangladesh
Namun, kereta kompak itu dijual pada harga hampir tiga gali ganda lebih mahal berbanding harga jualan di India.
Harga surat nikah ratusan ringgit
Demikian taktik yang dijalankan sindiket pernikahan palsu yang didakwa semakin aktif di kawasan Seberang Perai, dekat sini sekali gus menjadikan pasangan pengantin tempatan termasuk Indonesia dan Myanmar sebagai mangsa.
Rakyat Singapura hutang saman
Saman yang dianggarkan bernilai puluhan juta ringgit itu adalah daripada 624,716 saman trafik yang telah dikeluarkan terhadap pemandu dari republik itu sejak tahun 2000.
Empat kumpulan jadi sasaran murtad
Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, mereka ialah golongan miskin, anak muda, pesakit kronik dan golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.
“Mereka menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus,” katanya.
Bayi dalam pam tandas
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, bayi lelaki seberat dua kilogram itu ditemui masih hidup tetapi dalam keadaan kebiru-biruan dan lemah dipercayai akibat terlalu lama berada dalam tangki itu. Menurutnya, ketika ditemui bayi itu masih bertali pusat dan mengalami sedikit kecederaan pada badan.
“Polis menahan seorang wanita berusia 23 tahun di wad Hospital Kemaman yang dipercayai melahirkan bayi itu dan menyorokkannya di dalam tangki air pam tandas rumah sewa itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kepung, belasah remaja perempuan
KUALA LUMPUR: Dosanya amat kecil – melemparkan senyuman ke arah sekumpulan gadis, namun hukuman diterima seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terlalu berat apabila dia dibelasah sehingga bengkak bibir dan bernanah telinga.
Dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Jalan Jelatek di sini, pada jam 5.30 petang 7 Oktober lalu, mangsa yang berada di rumah neneknya dihubungi seorang rakan yang mengajaknya bertemu di tingkat 16 pangsapuri berkenaan.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa memenuhi pelawaan rakan berkenaan dan sebaik tiba di tempat dijanjikan, pelajar tingkatan tiga itu terkejut apabila mendapati 10 remaja perempuan menunggu kedatangannya.
Israel buka penempatan haram baru
Dalam kenyataannya semalam, kumpulan Peace Now berkata, daerah baru itu, Givat HaMatos, akan dibina di bahagian selatan timur Baitulmaqdis berhampiran bandar Baitullaham di Tebing Barat. Kumpulan pemerhati itu berkata, ia penempatan Yahudi pertama dirancang sejak pembinaan Har Homa pada 1997.
“Penempatan baru itu akan melengkapkan pemencilan antara Baitullaham dan timur Baitulmaqdis,,” kata kumpulan berkenaan.
Anggota Peace Now, Hagit Ofran, berkata, 2,600 rumah yang akan dibina dalam penempatan baru itu mungkin bermula dua tahun lagi.
‘Teko teh’ besar untuk jemaah
Ketika memuji usaha Abdul Aziz Mahbouob, jurutera elektrik di pejabat Tawafa, Pengerusi yayasan itu, Adnan Katib menggesa pejabat yayasan itu yang lain menggunakan kelengkapan itu yang memenuhi spesifikasi kebersihan dan keselamatan.
Abdul Aziz memberitahu akhbar Arab News, pemanas air yang diciptanya boleh digunakan untuk membuat minuman teh dan kopi di khemah yang sesak pada bila-bila masa, siang atau malam, tanpa perlu mendapatkan bantuan pekerja pembancuh teh.
Jumlah jemaah dalam sebuah khemah biasa mencecah sehingga 5,000 orang dan sejumlah pekerja diperlukan untuk menyediakan minuman untuk mereka.
0 comments:
Post a Comment